Saturday, January 26, 2008

LARAKU!

Tuhan,
Laraku tiada siapa yang tahu.
Dukaku menjengah acapkali lewat ini.
Tangisanku tiada nada tiada lagu.
Sebakku mendatang acapkali lewat ini.

Tuhanku,
Dinihari ini aman dan sepi.
Melakar potret laraku.
Dinihari ini indah dan sunyi.
Mencoret episod laraku.

Entah kenapa aku terasa terasing di celah-celah kehidupan di kota bernama Kuala Lumpur. Terasing tapi kuteruskan jua. kerana aku bukan seorang a "quitter'. i am a survivor. Hanya irama dan lagu penghibur diri. My Ipod and iTunes save my day from being a catastrophe. It keeps me going. It keeps me at bay. It keeps me positive. It keeps me surviving. It keeps me alive.

Hanya wayang dan DVD penghibur diri. Biarlah orang kata aku gila tengok wayang seorang diri. Biarlah orang kata aku a "freak". Biar apa orang kata. Peduli apa aku. Aku memang manusia paling terlara. Lebih baik aku mencintaiku daripada mengharap cinta orang lain yang entahkan bila tercapai. Biarkan manusia2 lain gembira diamuk cinta. Tapi bukan aku.

Biarkan aku dengan laraku.
Biarkan aku dengan laraku.
Biarkan aku dengan laraku.
Kerana laraku itu dunia aku.

No comments: